新闻
2010年6月5日星期六
Pertandingan Pengkisahan Kenegaraan
Pada pagi minggu kedua Mei, ketika saya berada di kelas mengajar Pendidikan Moral, tiba-tiba mendapat satu panggilan telefon yang tidak biasa, kenapa? saya ditanya samada ingin menyertai dalam persembahan teater mewakili Daerah Batu Pahat dalam Pertandingan Pengkisahan Kenegaraan Peringkat Negeri Johor. Sepelas mendengar soalan itu, jawapan pertama saya adalah "tidak" kerana saya tidak pernah berfikir untuk menyertai dalam pertandingan drama, dan saya juga berasa gementar di depan pentas semasa mengurus perhimpunan pagi, mana mungkin saya ambil bahagian?
Yang tanya saya soalan itu adalah seorang guru di SMK TUN ISMAIL, saya telah membantunya menyelesaikan banyak masalah komputer dan dia tahu bahawa saya seorang Kristian. Jadi, ketika dia mendengar jawapan saya, dia mencabar saya, "agama awak bukankah mengajar orang untuk menghadapi kesukaran?" Selepas mendengar cabaran itu, saya setuju menerima cabaran serta-merta. Ini adalah kerana agama saya adalah lebih penting daripada nyawa saya, Tuhan Yesus Kristus telah mati untuk dosa saya di kayu salib dan bangkit semula, Dia begitu mencintaiku, mana boleh saya menjejaskan nama-Nya?
Sejak minggu itu, saya berada di bawah pimpinan Cikgu Rohaidah Yon dan Shahrin (Pegawai UTHM) untuk belajar persembahan teater. Sepanjang latihan, persembahan saya selalu ditegur, ia benar-benar menyakiti hati saya, kerana saya seorang yang sombong, terutamanya ketika saya berasa persembahan saya baik, saya pula ditegur, memang sukar untuk diterima. Pada awalnya saya ingin menarik diri, tetapi Tuhan Yesus mengingatkan saya bahawa saya perlu bersabar untuk mengharumkan nama-Nya, untuk mendapat kemajuan. Terima kasih, Tuhan Yesus.
Terdapat tiga pelakon dalam teater, dalam latihan setiap kali, saya berasa persembahan saya paling buruk, yang paling kaku, kerana sayalah yang selalu ditegur. Namun demikian, apabila persembahan saya bertambah baik, saya selalu diberi galakan oleh mereka (Rohaidah, Shahrin dan Uzma), keyakinan saya akan terus bertambah, terima kasih Tuhan. Pada hari pertandingan, semasa raptai, persembahan saya juga ditegur, hati saya benar-benar tidak selesa, "Adakah persembahan saya benar-benar begitu buruk? Mengapa tidak menegur pelakon lain, dan selalu membetulkan saya?" "Tuhan Bapa saya di syurga, muliakan nama-Mu! Biarlah saya memuliakan nama-Mu! Saya juga meminta kurniaan Tuhan Bapa untuk memberkati setiap pelakon, dan orang lain yang berkaitan (Rohaidah, Nizam, dll) supaya kami bekerjasama, berkasih sayang dan mempersembahkan yang terbaik kepada Tuhan. "
Persembahan saya pada malam itu menonjol, begitu banyak orang yang ketawa melihat persembahan saya, terima kasih Tuhan! Segala kemuliaan adalah daripada Tuhan saya Yesus Kristus! Bahagian persembahan yang saya paling besar hati adalah semasa saya menyanyi sambil memuji Tuhan Yesus di depan semua orang walaupun yang mengetahui apa yang saya yanyi sangat sedikit kerana sebahagian besar yang datang untuk menonton teater ini adalah bangsa Melayu. Selain itu, ketika penonton memberi tepukan gemuruh kepada persembahan saya, memang sukar menggunakan perkataan untuk menggambarkan kegembiraan hati saya. Terima kasih, Tuhan!
Apabila keputusan diumumkan, kami (semua pelakon dan yang terlibat) memeluk antara satu sama lain, kerana kami tidak menyangka kami akan mendapat Johan! Walaubagaimanapun, Saya percaya bahawa Tuhan Yesus akan memberi kami Johan, tapi keyakinan saya tidak besar, Puji Tuhan! Terima kasih juga kepada sesiapa yang terlibat dalam pertandingan ini. Saya tidak menyangka persembahan saya yang kali pertama mendapat Johan dalam pertandingan! Pada bulan Julai saya akan pergi ke Terengganu untuk pertandingan peringkat Kebangsaan! Puji Tuhan!
Terima kasih kepada Kakak Rohaidah Yon yang selalu menegur saya, membantu saya, mendorong saya, sehingga saya dapat terus maju, "Terima kasih, kak Rohaidah."
Terima kasih Shahrin, Uzma, Nizam dll atas kerjasama dan kasih sayang yang diberikan supaya memberi persembahan yang terbaik pada malam itu, terima kasih.
Terima kasih kepada semua saudara-saudari dalam gereja yang membantu saya memuliakan nama-Nya, terima kasih.
订阅:
博文评论 (Atom)
没有评论:
发表评论